Jaminan Kualiti

Air Mineral Semulajadi

LANGKAH PERTAMA

1. Proses Pengeluaran
Air Bawah Tanah

  • Sumber dari akuifer yang terletak lebih 100 meter bawah tanah.
  • Hanya menggunakan air dari sumber yang dibenarkan oleh pihak berkuasa dari Kementerian Kesihatan.
  • Kakitangan Jaminan Kualiti telah dilatih untuk mengambil sampel air mentah yang masuk untuk memastikan ianya bebas dari segala pencemaran.
Langkah keDua

2. Proses Pengudaraan

Air mentah akan melalui proses pengudaraan untuk mengeluarkan bahan mineral yang tidak diperlukan dan sebatian organik yang meruap.
Langkah keTiga

3. Proses Penapisan
Awal

Air mentah akan melalui proses penapisan awal untuk mengeluarkan enap cemar, pasir halus serta bauan dan rasa yang tidak menyenangkan.

Langkah keEmpat

4. Proses Penapisan
Pertengahan

Proses penapisan dengan penapis kartrij berkadar mikron untuk membuang zarah dan kekotoran.
Langkah keLima

5. Tangki Penyimpanan
& Pemantauan

Air yang telah ditapis akan disimpan di dalam tangki penyimpanan sementara & pemantauan kualiti air akan dibuat untuk memastikan syarat kualiti dipenuhi sebelum air dilepaskan semula untuk proses rawatan air yang seterusnya.
Langkah keenam

6. Proses Penapisan Membran

Air akan melalui proses penapisan membran untuk membuang serta mengeluarkan zarah dan mikroorganisme sehingga saiz 0.2 micron.

Langkah ketujuh

7. Proses Steril UV

Air akan melalui proses pensterilan UV untuk menghapuskan bakteria yang terdapat di dalam air untuk memastikan ianya selamat untuk diminum oleh manusia.

Langkah keLapan

8. Proses Pembotolan

Proses pembotolan di bawah persekitaran terkawal yang sentiasa menjamin kebersihan untuk memastikan kualiti produk dikekalkan.
LANGKAH KESEMBILAN

9. Proses
Pembungkusan

Air botol dibungkus dengan menggunakan peralatan pembungkusan yang terkini.

Pensijilan Kualiti Kami

Hubungi Kami

Kami mengalu-alukan pertanyaan serta maklum balas dari anda! Hanya lengkapkan ruangan dibawah.

Talian hotline

1800 88 3111