Terma dan Syarat

1.Peraduan DESA Jom Minum & Menang Duit Raya (“Peraduan”) akan berlangsung dari 1 Mac 2024 hingga 30 April 2024 (“Tempoh Peraduan”). Semua penyertaan yang diterima selepas 11:59 malam pada 30 April 2024 (waktu Malaysia) akan dibatalkan secara automatik. Chuan Sin Sdn. Bhd. (“Penganjur”) berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu.

 

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat dan pemastautin tetap Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas (pada 1 Mac 2024) kecuali kakitangan Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat kakitangan Penganjur, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi pihak Penganjur.

 

3. “Produk Yang Turut Serta” dalam Peraduan ini adalah:
a. Air Mineral Semula Jadi DESA 250ml, 500ml, 1.5L, 5.5L dan 9.5L;
b. Air Minuman DESA 250ml, 500ml, 1.5L, 5.5L dan 9.5L.

 

4. Untuk menyertai Peraduan:
a. Beli RM10.00 dan ke atas mana-mana Produk Yang Turut Serta dalam satu resit dari mana-mana kedai (fizikal atau ‘online’) dalam Tempoh Peraduan. Satu (1) resit melayakkan peserta kepada satu (1) penyertaan WhatsApp sahaja.
b. Hantar butiran berikut melalui WhatsApp ke 017-8871383 atas kos dan perbelanjaan peserta sendiri:
i. Gambar jelas seluruh dan lengkap resit asal;
ii. Nombor Kad Pengenalan;
iii. Nama penuh seperti Kad Pengenalan.
b. Simpan resit asal bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan butiran resit yang sepadan dengan penyertaan WhatsApp sebagai bukti pembelian.
c. Para peserta boleh menghantar seberapa banyak penyertaan WhatsApp yang diingini tetapi setiap penyertaan mesti disertakan dengan butiran yang diperlukan dan resit yang berlainan bagi setiap penyertaan.
d. Para peserta tidak dibenarkan untuk menghantar lebih daripada satu (1) penyertaan WhatsApp dengan resit yang sama kepada pihak Penganjur.
e. Sekiranya resit yang sama diterima oleh pihak Penganjur dalam pelbagai penyertaan, penyertaan yang paling awal diterima akan diambil kira. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menolak mana-mana penyertaan selepas itu dengan resit yang sama, sama ada dengan nama peserta yang lain atau sebaliknya.
f. Hanya resit-resit yang asal dan sah dengan maklumat dan butiran produk yang jelas dan lengkap akan diterima. Resit-resit manual dan bertulis tidak akan diterima. Resit-resit yang sukar dibaca, rosak, diubah, dicetak semula, disalin semula, diperolehi secara tidak sah, tersalah cetak atau kesilapan lain atau cetakan tidak jelas atau tidak mengandungi maklumat yang diperlukan adalah tidak sah dan tidak akan diterima. Pihak Penganjur mempunyai budi bicara mutlak dan hak untuk membatalkan kelayakan mana-mana resit-resit tidak sah tersebut tanpa sebarang notis terlebih dahulu. Untuk pembelian dalam talian, tangkap layar ‘order details’ akan diterima dan ia mesti mempunyai ‘order ID’ dan menyatakan bahawa pembelian tersebut sudah dibayar, dihantar dan selesai. Peserta harus memberikan kepada Penganjur tangkap layar tersebut sekiranya dihubungi.
g. Sepanjang Tempoh Peraduan, setiap hari Peraduan bermula pada jam 12:00 pagi dan berakhir pada jam 11:59 malam.
h. Memandangkan talian 017-8871383 adalah talian khas yang disediakan oleh Penganjur, tiada perakuan penerimaan akan dihantar oleh Penganjur berkaitan semua Penyertaan yang dihantar oleh peserta kepada Penganjur melalui WhatsApp. Sebarang pertanyaan/panggilan melalui talian ini tidak akan dilayan.
i. Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk apa-apa caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan, jika ada.
j. Para peserta hanya boleh menyertai Peraduan ini dengan menggunakan nombor telefon bimbit Malaysia yang berdaftar dan melalui telefon bimbit sahaja.
k. Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan mesej WhatsApp dan tidak akan dipertanggungjawabkan untuk sebarang penggunaan telefon bimbit atau akaun pelanggan yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.

 

5. Cara pemilihan pemenang:
a. Hadiah Pertama x 1 pemenang: Pemenang Hadiah Pertama yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 2. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 24,441 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 2 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 12,220. Maka penyertaan layak ke-12,220 akan disenarai pendekkan dan layak memenangi Hadiah Pertama. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu diterima akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh, pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-12,220 adalah penyertaan layak ke-12,219.
b. Hadiah Kedua x 3 pemenang: Pemenang Hadiah Kedua yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 3.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 24,441 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 3.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 6,983. Maka penyertaan layak ke-6,983, ke-13,966 dan ke-20,949 akan disenarai pendekkan untuk memenangi Hadiah Kedua setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu diterima akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh, pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-6,983 adalah penyertaan layak ke-6,982.
c. Hadiah Sagu Hati x 100 pemenang: Pemenang Hadiah Sagu Hati yang layak akan ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dibahagikan dengan 100.5. Sebagai contoh, jika terdapat sebanyak 24,441 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 100.5 dan dibundarkan ke bawah kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah iaitu 243. Maka penyertaan layak ke-243, ke-486, ke-729 dan seterusnya akan disenarai pendekkan untuk memenangi Hadiah Sagu Hati setiap satu. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu diterima akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh, pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-243 adalah penyertaan layak ke-242.
d. Para pemenang yang layak akan dihubungi melalui telefon dan akan diminta untuk menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, dua (2) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh dua puluh empat (24) jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak untuk memilih pemenang layak seterusnya. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
e. Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar kepada pihak Penganjur semua resit asal, salinan kad pengenalan dan butiran akaun bank mereka untuk pemindahan dalam talian bank untuk hadiah tunai dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan melalui Pos Laju/kurier. Sekiranya gagal, kelayakan pemenang tersebut akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan menanggung sebarang kos pos yang dibayar oleh pemenang dan tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, ketidakserahan atau kehilangan pos/kurier.

 

6. Hadiah-hadiah Peraduan:
a. Hadiah Pertama x 1: RM10,000.00 Duit Raya.
b. Hadiah Kedua x 3: RM1,000.00 Duit Raya setiap satu.
c. Hadiah Sagu Hati x 100: RM300.00 Duit Raya setiap satu.
d. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) hadiah sepanjang Tempoh Peraduan.
e. Sekiranya peserta disenarai pendekkan untuk pelbagai hadiah, peserta tersebut akan menerima hadiah dengan nilai yang lebih tinggi.
f. Semua hadiah tunai akan diberikan melalui pemindahan bank terus kepada nombor akaun bank yang diberikan oleh peserta. Hanya akaun-akaun bank peribadi Malaysia yang sah akan diterima. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kegagalan dan pemindahan yang dibuat kepada akaun bank yang salah disebabkan kesilapan peserta dalam memberikan nombor akaun bank yang tidak betul atau tidak sah.
g. Sekiranya peserta tidak dapat memberikan kepada pihak Penganjur nombor akaun bank peribadi Malaysia yang sah di atas nama peserta bagi apa jua sebab dalam masa enam puluh (60) hari selepas Tempoh Peraduan, hadiah tunai akan dibatalkan.
h. Hadiah tunai hanya akan dimasukkan ke dalam bank akaun peserta. Semua akaun pihak ketiga akan ditolak.
i. Pihak Penganjur tidak akan meminta, sama ada melalui e-mel, telefon atau WhatsApp, nombor PIN, kata laluan atau butiran peribadi lain peserta selain daripada yang dinyatakan di sini.
j. Bukti pemindahan bank adalah bukti penerimaan hadiah tunai oleh peserta.
k. Pihak Penganjur berhak untuk menolak mana-mana penyertaan sekiranya peserta gagal memenuhi keperluan yang ditetapkan untuk semua hadiah.
l. Peserta mungkin dikehendaki untuk mengemukakan bukti pengenalan diri untuk tujuan pengesahan. Bentuk-bentuk bukti pengenalan diri yang diterima oleh pihak Penganjur adalah sama ada kad pengenalan Malaysia atau lesen memandu Malaysia yang sah. Pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakan peserta atas kegagalan dalam mengemukakan bukti pengenalan diri.
m. Pihak Penganjur mempunyai hak mutlak untuk menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar untuk apa-apa format atas sebarang sebab. Semua hadiah diberikan dalam ‘keadaan sedia ada’.

 

7. Semua kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran dan/atau perbelanjaan lain yang dikenakan untuk menyertai Peraduan dan untuk menebus hadiah adalah tanggungjawab peserta sepenuhnya.

 

8. Para peserta akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan dan daripada penggunaan hadiah.

 

9. Dengan menyertai Peraduan, para peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya kepada pihak Penganjur dan untuk pihak Penganjur memproses maklumat peribadi mereka untuk tujuan Peraduan, dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar peserta serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

 

10. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan memberi maklumat peribadi peserta, peserta mengakui dan mengesahkan bahawa kebenaran diberikan kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen sahnya untuk menggunakan maklumat berkenaan untuk tujuan pemasaran dan promosi masa kini atau masa hadapan dan untuk menambahbaikkan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya peserta memaklumkan Penganjur melalui ‘Careline’ di 1800-88-3111 bahawa maklumat berkenaan tidak harus digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan peserta. Maklumat peribadi peserta tidak akan diberikan atau dikongsi dengan pihak-pihak ketiga untuk kegunaan mereka.

 

11. Dengan menyertai Peraduan, para peserta bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat di sini dan segala keputusan pihak Penganjur.

 

12. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, menukar atau mengubah Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat dengan perubahan kepada Terma dan Syarat ini.

 

13. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat dan panggilan tidak akan dilayan.

Talian hotline

1800 88 3111